Artinya :
Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan
dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak dapat dipengaruhi oleh
sesiapapunsamada orang yang taat maupun merka yang fasik, dari kejahatan apa
yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya.dari segala kebaikan
mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa
yang keluar darinya dan Dan dari kejahatan fitnah di malam dan
siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari,
kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.
Doa
perlindungan di atas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW
ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang
diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW.
Lalu
Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut tersungkur
jatuh di atas tanah terbakar menjadi abu oleh obor apinya sendiri. Hadis
berkenaan Ruqyah Jibril boleh dirujuk dalam kitab-kitab Hadis antaranya Muwatho
Imam Malik, Majma' Zawaid, Sunan Imam Ahmad dan sebagainya.
Mengikut
kaedah saya ianya diamalkan 10 x sehari seeloknya dijadikan amalan lazim setiap
selepas solat supaya kita senantiasa mendapat pertolongan Allah swt
daripada kejahatan makhluk yang tidak diduga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar