Terjemahan:
Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi
Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah
Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya, Selamat sejahterakanlah
kami Wahai Tuhan Jibrail, Mihkail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi
Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta
keselamatan yang banyak. Maha suci Allah Taala yang maha mulia kemuliaan, dan
kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai Iblis, wahai Iblis, wahai Iblis,
Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada
kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga
keatas para nabi dengan rahmatMu. Ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.
Doa ini amat begitu masyhur diamalkan oleh para pengamal perubatan Darul
Syifa, Darussalam dan lainl-lain pusat rawatan Islam. Antaranya fadilatnya :
1.
Menundukkan jin yang degil semasa
rawatan.
2.
Penunduk bagi binatang terutama ketika
masuk ke hutan.
3.
Pendinding dari gangguan jin dan sihir.
4.
Penggerun kepada jin, manusia dan
binatang.
5.
Aura hebat dan pengaruh berwibawa.
Para ikhwan segala amalan yang diperturunkan dalam web ini boleh diamalkan
bertujuan untuk menyatakan dan menyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan
sesuatu perkara kepada insan yang dikhendakiNya, bukannya beramal atas alasan
mencari fadilat dan kelebihan setelah ia diwarwarkan dengan kehebatan ini dan
itu. Amalkan dengan penuh ta'zim membesarkanNya dan jangan lupa kita hamba
Allah yang amat lemah, mampu menyatakan ucapan yang amat besar nilainya di
hadapan Allah iaitu doa.
Boleh saya mintak nmr anda.ada yg ingin saya tanyakan
BalasHapus