وَمَنْ يَتَّقِ
اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (٢) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِه
قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (٣) سورة الطلاق
Artinya:
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar antara amalan yang masyhur di nusantara, saya
berpendapat kerana ianya adalah amalan murah rezeki lagi pula manusia ini
memang sifat dia nak kaya, nak senang sudah tentulah amalan sebegini popular.
Sebaiknya ayat ini diamati tafsirannya kerana jikalau benar-benar kita
bertaqwa, Allah akan menolong kita dalam apa jua masalah.
Saya amat tidak bersetuju sesetengah orang menggantung
ayat ini di kedai-kedai makan dengan harapan kedai mereka laris sedangkan
kebersihan kedai tidak di jaga, makanan jual mahal, jadi di manakah jalan untuk
menambah rezeki jikalau sikap tuan kedai masih lagi tidak jitu kebergantungan
keyakinan kepada Rabuljalil.
Cara amalan:
1. Baca 3X
pagi 3X malam. Elok selepasnya ditambah kalimah ini 3X juga.
بِسْمِ الله، يَا
مُسَبِّبَ الأَسْباَبِ، سَبِّبْ.
Maksudnya: Dengan nama Allah tuhan yang menyebabkan
sebab, sebabkanlah akan daku sesuatu sebab (bagi mencapai hajat).
2. Selawat 3X kemudian Ayat Seribu Dinar 3X, diakhiri
selawat 3X. Nescaya tercapai hajatnya dan dimurahkan rezekinya.
3. Jikalau ada hajat khusus, baca Ayat Seribu Dinar
114X, pada malam Rabu, malam Khamis dan malam Jumaat, selepas Solat Maghrib.
Sehabis baca diteruskan bacaan Surah al-Qadr 4X. Kemudian hembus 4 penjuru.
4. Juga untuk hajat baca Surah al-Qadr 6X, selepas
Solat Maghrib sebelum solat sunat. Setiap 1X bacaan surah dihembuskan satu
penjuru sehingga selesai 6 penjuru. 6 penjuru tersebut ialah depan, kiri,
belakang, kanan, atas dan bawah. Kemudian baca Ayat Seribu Dinar 114X. Dibuat
selama 3 malam.
5. Baca Surah al-Ikhlas 3X, kemudian selawat dan
selepas itu Ayat Seribu Dinar. Diakhiri selawat 3X. Nescaya dimurahkan rezeki.
6. Baca Ayat Seribu Dinar 50X, selama 40 hari. Hari
akhir baca sebanyak 170X. Nescaya datang rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka. Insya’ Allah.
Semoga Allah memberi kepada anda untuk beramal dan
bertakwa semata-mata mencari rahmat dan keredaanNya, amin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar